Monday 20 June 2011

BB, Baby Atau B^%$




Dah seminggu line aku kena cut-off by celcom. Puncanya sebab kontraktor yg handle projek aku tu lambat bayar bil. WTH, bil tak sampai enam puluh hengget tu pon kedekut nak bayar. Macam lah kena bayar bulanan kete Veyron yang Sultan Johor pakai tu. Memang sengal dowh diaorang ni. Time dapat claim dari gomen hari tu mencanak je sorang-sorang tukar kete. Aku gak pakai little kancil je. Ot dengan claim aku yang dua bulan lepas pun tak bayar lagi. Dalam meeting pandai pulak meniscus bila kena sound. Melayu memang mudah lupa, macam ni la contohnya.


Berbalik pada tajuk aku kat atas. Nak citer pengalaman sket ni. Aku ni duduk dekat Bandar walau nama kampong kat sini. Yelah dah lima minit je kalau nak pergi Bandar tu, kira memang zon Bandar la.

Yang aku hangin sekarang kenapa walau duduk kat Bandar line p1 Wimax tak ade? Hari tu pergi ECM, then ada la salesman tu offered, aku ingat nak registered la tapi bila check takde langsung line. Bongek betul lah. Yang area bandar bukit mentok tu kat area betul-betul kampong tu ada pulak. Digi area sana pun laju siap ada turbo lagi tapi kat tempat aku duduk ni, ya ampun lembap siot. Digi pun ada dua tiga bar je. Nak masuk fb pun makan masa. Nak layan Utube lagilah macam haram. Baik aku balik kampong aku kat Paka nung. Walau betul-betul kampong tapi line clear smooth je. Takde buffered pun bile nak tengok maharaja lawak.



Dulu ingt nak registered TM streamix tapi bila tengok pakej dia, asal mahal sangat ni? Takde yang murah sikit ke? Aku dahla baru aje keje. Nak jugak simpan duit beli rumah sementara umur tak masuk tiga puluh lagi. Duit Ptptn dengan Kpm pun sangkut-sangkut lagi nak bayar. Ni kan nak perabes untuk benda yang tak perlu sangat. Yelah, setakat nak tengok Fb ngan emel je. 



So sekarang ni silap siape? Apakah tempat aku duduk ni ramai sangat kot orang guna internet sampai jadi macam tu sekali? Jeles la jugak aku dengan kawan-kawan aku yang best je guna internet sebab line laju aje. Dengar radio online pun best je.



p/s : Kena pergi wat report ni, suh tambah pencawang baru kat sini. Kalau boleh biarlah sebelah rumah aku. Hehehe..


No comments: