Monday 20 June 2011

Bioligical Siblings vs Virtual Siblings



Macam tajuk kat atas, yang mana korang lebih suka? Kalau aku, aku lebih suka virtual siblings. Ala yang leh wat list kat profile Fb tu. Yela kat Fb ni kadang tu kite tak pernah jumpe atau tengok dia tapi kite jadi rapat sebab selalu komen, chat n shared macam dengan dia. Kita macam tak kesah sangat sebab dia pun macam tu jugak. Shared ape-ape ngan kita. Nak-nak yang ade minat same, lagi la best tukar-tukar pendapat semua.

Walaupun virtual je (bukan gambar aku), aku sayang diaorang macam siblings aku sendiri :)
Bioligical sibling aku tak nak review banyak sebab aku duk ngan mak sedara aku dari kecik so memang tak rapat dengan diaorang. Diorang pon macam tak suke aku. Jeles la tu. Ah lantak diorang la sebab bukan aku mintak duit diaorang pun nak survive hidup kat Bandar ni. aku lebih suke taka de orang kacau hidup aku. Nak buat apa-apa pun senang je tak ade orang marah tapi jangan lah buat yang tak elok pulak. Orang tak nampak tapi Allah nampak so beringatlah.

Virtual siblings aku ada empat orang kat FB tu. Dua lebih kurang sama umo ngan aku dan dua lagi kategori budak-budak lagi. Yelah umo tak sampai dua puluh lagi. Then yang dua ni still belajar cuma yang dua orang baya-baya aku tu je dah keje. Tak kisahla, janji aku happy dengan siblings aku tu. Kadang tu diaorang lebih open and cared tentang kita dari saudara sendiri. Sebab tu aku tak kesah kalau perabes kredit semata-mata nak called diaorang untuk nak luah masalah.

Tak semua benda kite leh shared ngan sedara ni. Bukan ape, takut diaorang ni bocorkan rahsia plak. Memang haru biru jadinya. So pesan aku, tak rugi ade siblings kat FB. Lagi ramai lagi baik then korang wat satu grup tuk siblings ko tu. Haha….
gambar tak ade kene mengena tapi aku sayang sgt kat kucem aku dulu2...sebab aku duk sorang je kan..hehe

p/s : Aku sokong Mark Zuckberg created FB ni…Syok banget..hehe :D

BB, Baby Atau B^%$




Dah seminggu line aku kena cut-off by celcom. Puncanya sebab kontraktor yg handle projek aku tu lambat bayar bil. WTH, bil tak sampai enam puluh hengget tu pon kedekut nak bayar. Macam lah kena bayar bulanan kete Veyron yang Sultan Johor pakai tu. Memang sengal dowh diaorang ni. Time dapat claim dari gomen hari tu mencanak je sorang-sorang tukar kete. Aku gak pakai little kancil je. Ot dengan claim aku yang dua bulan lepas pun tak bayar lagi. Dalam meeting pandai pulak meniscus bila kena sound. Melayu memang mudah lupa, macam ni la contohnya.


Berbalik pada tajuk aku kat atas. Nak citer pengalaman sket ni. Aku ni duduk dekat Bandar walau nama kampong kat sini. Yelah dah lima minit je kalau nak pergi Bandar tu, kira memang zon Bandar la.

Yang aku hangin sekarang kenapa walau duduk kat Bandar line p1 Wimax tak ade? Hari tu pergi ECM, then ada la salesman tu offered, aku ingat nak registered la tapi bila check takde langsung line. Bongek betul lah. Yang area bandar bukit mentok tu kat area betul-betul kampong tu ada pulak. Digi area sana pun laju siap ada turbo lagi tapi kat tempat aku duduk ni, ya ampun lembap siot. Digi pun ada dua tiga bar je. Nak masuk fb pun makan masa. Nak layan Utube lagilah macam haram. Baik aku balik kampong aku kat Paka nung. Walau betul-betul kampong tapi line clear smooth je. Takde buffered pun bile nak tengok maharaja lawak.



Dulu ingt nak registered TM streamix tapi bila tengok pakej dia, asal mahal sangat ni? Takde yang murah sikit ke? Aku dahla baru aje keje. Nak jugak simpan duit beli rumah sementara umur tak masuk tiga puluh lagi. Duit Ptptn dengan Kpm pun sangkut-sangkut lagi nak bayar. Ni kan nak perabes untuk benda yang tak perlu sangat. Yelah, setakat nak tengok Fb ngan emel je. 



So sekarang ni silap siape? Apakah tempat aku duduk ni ramai sangat kot orang guna internet sampai jadi macam tu sekali? Jeles la jugak aku dengan kawan-kawan aku yang best je guna internet sebab line laju aje. Dengar radio online pun best je.



p/s : Kena pergi wat report ni, suh tambah pencawang baru kat sini. Kalau boleh biarlah sebelah rumah aku. Hehehe..


Sunday 19 June 2011

Bengang Vs Bangang Vs Pangang



Ok tengok tajuk pun dah tau tajuk tak puas hati. Sorry kalau guna perkataan kasar tapi tu je yang dapat aku fikirkan sekarang. Ceritanya macam ni. Balik je dari Mesra Mall sebab main futsal terus je bukak pc nak online internet. Tengok-tengok kat grup, adik aku tengah menDJ so aku pon cepat-cepat pasang speaker. Lagipun dah lama dia tak jadi Dj ni. Rindu jugak dengan celoteh merapu dia tu. Dahla suka gelak sorang-sorang kat konti dia tu, kesian pulak. Haha..tapi aku respect la dengan dia ni sebab suka hiburkan orang walau dia sendiri tak happy.




Bukak je notify ade la sorang budak ni konon-konon care la dengan adik aku yang khabarnye sakit tekak. So suara pun serak-serak gitu. Aku pulak tak tau sangat sebab baru je online ni. Radio pulak tersekat-sekat sebab pakai line Digi ni. Yelah, dah name pun ada dua tiga bar je kat sini, memang slow giler. Hampess betul walau duk kat Bandar.

Okla aku sambung balik. Budak ni bagila petua kat adik aku ni. Aku mula-mula layan je lagipun tengah ramai yang komen. Last-last aku tergerak hati nak komen sekali. Then aku pun komen la. Tapi budak ni macam tak percaya petua yang aku bagi tu. Siap buat main-main macam mempersenda la pulak (orang tganu cakap menganjeng). Aku dah mula hot ni tapi cuba untuk cool sebab maybe budak ni tak tahu. Aku komen sekali lagi dan cakap yang aku ada pengalaman dalam hal ni sebab pernah admitted kat ward lagi. Turun 5kg dalam masa seminggu sebab tak boleh makan.

Actually saket tekak ni bahaya leh jadi tonsil kalau biar lama-lama. Makan ubat memang dah tak jadi. Then doctor ada pesan yang kena makan aiskrim vanilla. Selain dapat sejukkan tekak, baik untuk kecutkan tonsil. Aku pernah cuba dan memang jadi. Tapi yang hangin je budak ni siap cakap menyalahi etika doctor pulak. Aku balas la, benda ni betul. Tak percaya aku leh kerat jari. Tapi dia ni memang nak cari pasal dengan aku. Aku pon apa lagi delete posting tu. Sebab aku ni salah satu admin kat grup adik aku tu. Lepas tu baru sibuk-sibuk nak mintak maaf. Aku memang dah hot sebab grup tu ramai ahli dekat 500 orang. Konfemla ada yang baca kan? So aku sound dia balik, kalau tak tahu tu diam-diam je lah. Adik aku ni pulak sibuk chat kat grup mana entah (Grup sendiri tak amik tau). Then baru mula-mula sibuk pm aku tanya kenapa. Aku memang dah angin sangat sampai cakap kat adik aku ni yang aku malas amik tahu dah grup dia, dah malas nak komen atau buat apa-apa pun. Then aku perasan adik aku pun delete posting budak tu yang baru.


Then aku update status kat FB. Yang aku benci dengan budak bajet bagus, tak respect langsung apa yang orang lebih tua cakap. Aku tau yang budak tu duk oversea tapi agak-agak lah kan. Cakap ikut sedap mulut je, padahal pengetahuan am pun tak lepas lagi. Memang ramai yang komen status aku tu sebab aku ni jenis jarang marah orang. Kalau aku marah memang aku marah betul-betul sampai adik aku ni terkejut. Yela selama ni dia tak pernah tengok aku marah macam tu.

Ok hal ni pun dah settled, aku dah remove dia dari friend aku sebab kalau tengok akan teringat je kisah duka tu. Aku pun tak perlukan dia pun sebagai kawan. Buat menyemak je. Pada kawan-kawan terdekat aku kat FB yang lain, aku nak ucap terima kasih sebab sabar layan aku tadi. Aku kena shared benda ni dengan diaorang, kalau tak memang rasa sakit kalau pendamkan. Sharing is caring right?








p/s : Aku mengaku yang kadang tu aku cepat hot tapi aku dh try cool td tapi menatang tu memang nak kena dengan aku so memang aku pulun habis-habisan lah tadi..Nak sentap-sentaplah, ada aku kesah?

Sesi Pembukaan Blog

Ok-ok yang dekat-dekat tu jom rapat-rapat. Aku nak rasmikan blog baru aku ni. hehe. Baru sangat tu (dah register rasenye dua bulan lepas kot) tapi hari ni baru buat first entry. Ok, aku perkenalkan diri, just call me Wiya. Nak panggil Zoey pon boleh jugak sebab tu nama gelaran aku mase sekolah-sekolah dulu. Ni blog aku yang keenam dah. Template pun tak ubah lagi. Kotak CB pun tak ada lagi. Tak pe lah, biar ade entry je dulu.

Blog ni aku nak jadikan tempat luahan isi hati aku je. Kira macam diari maya la untuk aku. Maybe gossip-gosip pon ade jugak kot nanti aku letak. Tak kesahlah sebab orang tak akan kenal aku dalam blog ni. Btw tu je setakat ni yang aku boleh cakap. Sibuk sket pagi ni. Chow dulu. Adios ~